Kemudahan penggunaan loker telah diusahakan oleh PIBG sesi 2015-2017 dengan kerjasama pihak sekolah SKJK (1). Ia diuruskan dan diselenggara sepenuhnya oleh PIBG dengan bantuan minima dari pihak sekolah. Kemudahan ini adalah pilihan kepada murid-murid dan tempahan untuk penggunaan adalah diterima untuk tempoh setahun.

Pihak PIBG atau wakil juga berhak untuk membuka dan memeriksa secara berkala untuk semua loker. Penyelenggaraan juga akan dilakukan dari masa ke semasa.

Maklumat tambahan;

  • Jumlah loker = 96 unit
  • Harga sewaan RM55 setahun (RM5/sebulan)
  • Deposit RM5 (dikembalikan setelah kunci (kunci-kunci) dipulangkan)
  • Cara bayaran secara tahunan
  • Tempahan siapa cepat bergantung pada kekosongan. Notis akan dikeluarkan sebelum cuti akhir tahun dan mesti dikembalikan sebelum cuti sekolah
  • Jika tiada jawapan dan bayaran, loker akan dikosongkan pada bila-bila masa semasa cuti sekolah. Tiada jaminan murid akan mendapat loker yang sama sekiranya jawapan diterima selepas sekolah dibuka semula.
  • Yang Dibolehkan "DO's"

  • Tempat simpanan barang-barang sekolah seperti buku, alat tulis dan lain-lain
  • Menyimpan barang makanan yang tidak mudah rosak dan berbungkus rapi seperti biskut, makanan kering dan lain-lain.
  • Menyimpan minuman yang tidak mudah rosak seperti air berbotol, minuman bertin dan lain-lain.
  • Yang Tidak Dibolehkan/Dielakkan "DON'Ts"

  • Menyimpan makanan yang mudah rosak seperti nasi, kuih dan lain-lain.
  • Menyimpan minuman yang mudah rosak seperti air bersusu, bekas tidak bertutup dan lain-lain.
  • Menyimpan barang-barang yang menyalahi peraturan sekolah dan undang-undang negara seperti bunga api, mercun dan lain-lain.
  • Maklumkan kepada wakil PIBG sekiranya

  • Anak kunci hilang dan tiada kunci pendua. RM6 dikenakan untuk kunci pendua. Harap maklum, keseluruhan proses akan mengambil masa 1 ke 2 hari bergantung kepada kelapangan masa.
  • Kerosakan pada lubang kunci loker.
  • Perkara diluar bidang kuasa PIBG dan guru

  • Kunci tertinggal.Sekiranya masih diperlukan kunci pendua untuk kecemasan, sila maklumkan kepada wakil PIBG untuk pertimbangan
  • Panduan Penggunaan Kunci

    Sila sebarkan kepada anak-anak sebagai panduan mereka.
    1. Contoh kunci tersekat.

    2. Cara membuka kunci loker
    Masukkan kunci dan tekan sepenuhnya sebelum pusing

    3. Contoh kunci loker yang tersekat.


    Halaman Utama

    Kemaskini: 8 Januari 2018