Pada tahun 2019, pihak sekolah telah memutuskan untuk mengadakan gotong-royong perdana pada waktu berikut;

  • Hari: Sabtu
  • Tarikh: 26 Jan 2019
  • Waktu: 8:00 pagi - 1:00 petang
  • Kehadiran: Semua guru, murid dan ibubapa
  • Takwim Sekolah SKJK(1) 2019

    Cadangan aktiviti
    Berikut adalah cadangan aktiviti di sepanjang program gotong-royong perdana

    Waktu Aktiviti Tempat
    8:00pagi - 8:30pagi Berkumpul dan sarapan
    Sarapan ringkas dan air disediakan
    Ibupada digalakkan membawa juadah (potluck)
    Dewan sekolah
    8:30pagi - 8:45pagi Taklimat ringkas
    Pembahagian tugas dan ringkasan aktiviti.
    Dewan sekolah
    8:45pagi - 1:00petang Mengemas bilik-bilik khas
  • Makmal sains
  • Bilik pemulihan
  • Bilik sarana
  • Nota:Akan digunakan sebagai ruang kelas tambahan untuk murid darjah 6.

    Membantu guru-guru kelas mengemas dan menghias semua kelas
    1 Gemilang : PN. FARUINDA
    2 Gemilang : PN. AWANIS
    3 Gemilang : PN. NORAISYAH
    3 Cemerlang: PN. SAADIAH
    4 Gemilang : PN. NUR IZATI
    5 Gemilang : PN. DATIN SITI ZALEHA
    6 Gemilang : PN. AMNI

    Bilik kelas
    Makmal sains
    Bilik pemulihan
    Bilik sarana PIBG
    1:00petang Jamuan ringan, mengemas dan bersurai
    Jamuan ringan tengahhari disediakan
    Ibupada digalakkan membawa juadah (potluck)
    Ruang solat

    Berikut adalah sumbangan-sumbangan yang sangat diharapkan dari pihak ibu bapa.
    Sila nyatakan tujuan di ruangan maklumat tambahan di transaksi online sekiranya anda ingin menyumbang kepada spesifik aktiviti seperti penapis air, tandas, internet atau derma am.

    Sumbangan khidmat tenaga dan kepakaran
    Sila hantar email ke ydp@pibg-skjk1.net atau hubungi AJK PIBG. Sila nyatakan sekiranya anda mempunyai mana-mana kepakaran berikut atau ada maklumat orang perseorangan/syarikat yang mempunyai kepakaran yang boleh menawarkan khidmat secara berpatutan dan berkualiti

  • Kerja paip atau saluran kumbahan
  • Pendawaian elektrik
  • Pertukangan kayu atau besi
  • Sumbangan kewangan
    Sebarang sumbangan dari pihak ibu-bapa atau ketiga, sila salurkan ke akaun CIMB rasmi PIBG SKJK(1) seperti dibawah dan maklumat transaksi disalurkan ke email ydp@pibg-skjk1.net atau nyatakan "derma" di ruangan maklumat tambahan/rujukan.

    CIMB: PERSATUAN IBU BAPA-GURU 8600060109

    Sumbangan sokongan perantara
    Pihak ibu-bapa juga boleh menyumbang sebagai perantara dengan pihak-pihak yang dapat membantu pihak sekolah seperti YB, kementerian, jabatan atau syarikat swasta. Sila hubungi pihak PIBG atau wakil sekiranya surat sokongan diperlukan.


    Halaman Utama

    Kemaskini: 25 Jan 2019