Pihak PIBG telah mengambil inisiatif untuk membantu sekolah dalam membaiki, menyelenggara dan menambahbaik kemudahan asas dan keperluan utama untuk kegunaan murid-murid dan guru-guru di SKJK (1).

Plan dan Aktiviti
Berikut adalah beberapa aktiviti yang masih dalam perancangan atau selesai tetapi memerlukan sumbangan berterusan.
Perkara Keterangan Kos Jumlah sumbangan
Tandas Penyelenggaraan Kecemasan
Sumbangan sangat-sangat diperlukan untuk kerja-kerja pembaikian kecemasan. Dijangka ia menelan kos RM2,000 untuk membaiki masalah berikut di tandas murid lelaki dan perempuan;
1. Sinki di kedua-dua tandas tiada air/tersumbat.
2. Hanya satu tandas yg boleh digunakan untuk murid lelaki .
3. 4 pam tangki tidak berfungsi.
4. Tempat kencing dibahagian murid lelaki tersumbat.

Gambar-gambar berkaitan sebelum dan semasa penyelenggaraan
Gambar-gambar berkaitan selepas penyelenggaraan

Penyelenggaraan tambahan dan berterusan diperlukan untuk mengekalkan tandas yang selesa, tidak berbau dan bebas dari kerosakan. Upah penyelenggara tambahan adalah RM200/bulanan. Kos tambahan adalah untuk bahan pencuci, peralatan tandas dan pewangi.
- Sekali seminggu (tandas murid lelaki dan perempuan)
- Cucian sental (deep cleaning with waterjet)

RM2,500
(tambahan-kecemasan)

RM200 +
bulanan

RM450
Tempat Wuduk Membina tempat wuduk di aras sama dengan ruangan solat (tingkat 3). Ia juga untuk kemudahan murid-murid dan guru-guru KAFA apabila makanan tengahhari akan disediakan bermula 5 Februari 2018.
Nota:Sumbangan kewangan daripada semua pihak sangat-sangat diperlukan agar tempat wuduk dapat dibina secepat mungkin.
Anggaran. RM6,500
Lampiran
RM500
Mesin Penapis Air Mesin penapis air COWAY telah disediakan dihadapan pejabat tingkat 1 untuk kegunaan murid-murid, guru-guru dan pelawat.
RM130
bulanan
Lampiran
RM1,950
Nota:Sila nyatakan tujuan di ruangan maklumat tambahan di transaksi online sekiranya anda ingin menyumbang kepada spesifik aktiviti seperti penapis air, tandas, wuduk atau derma am.

Cadangan aktiviti tahun 2018
Berikut adalah beberapa aktiviti dan dicadangkan.
Perkara Keterangan
Internet Fibre Optic Capaian internet
Tahap capaian internet untuk kegunaan guru dan murid adalah sangat tidak memuaskan. Sekolah SKJK(1) menduduki tahap terendah di kalangan sekolah di daerah Keramat untuk program Frog Vle, Zoom A.

KSSR lebih banyak memanfaatkan program seperti Frog Vle, Zoom A dan sebagainya. Buku aktiviti yang telah dibekalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia buku tambahan tersebut tidak lagi digunakan

Kos diperlukan;
1. Business router : RM1,900
2. Langganan pakej perniagaan 20MB : RM208 (bulanan)

Gotong Royong Bulanan: Membersih dan menyelenggara tandas
Perdana: Keseluruhan kawasan sekolah
Aktiviti bersama sekolah Cadangan
  1. Sukan tahunan (Sabtu, 31 Mac)
  2. Majlis berbuka puasa (Sabtu, 2 Jun)
  3. Majlis sambutan hari raya (Sabtu, 30 Jun)
  4. Solat hajat UPSR (Jumaat, 14 Sep-malam)
  5. UPSR (20 - 27 Okt)
  6. Majlis anugerah cemerlang dan graduasi tahun 6 dan pra sekolah (Khamis, 22 Nov)
  7. Orientasi Tahun 1 dan pra sekolah (Isnin, 31 Dis)
Takwim Sekolah SKJK(1) 2018

Aktiviti lepas
Berikut adalah beberapa aktiviti yang telah selesai dijalankan.
Perkara Keterangan Kos PIBG
Jubin ruangan solat Di tanggung sepenuhnya oleh penderma luar
- Harga tiles RM1688
- Upah pasang RM3868
- Jumlah RM5556.
RM5,556 N/A
Partition bilik guru Kafa RM2000 ditanggung oleh pihak Kafa, RM300 sumbangan penderma luar RM2,300 N/A
Kapet bilik guru KAFA Sumbangan penderma luar RM1,000 N/A
Plug Point Tambahan 6 Plug Point di ruangan solat. RM100 sumbangan penderma luar RM300 RM200
Sejadah Tambahan sejadah gulung 1 unit dan potong 4 unit sejadah sedia ada. RM260.50 sumbangan orang luar RM260.50 N/A
Kipas Siling Tambahan 2 unit kipas siling di ruangan solat. RM600 RM600
Meja Peperiksaan 25 unit meja untuk peperiksaan UPSR RM2,385 RM2,385
Penyelenggaraan Tandas - Tersumbat dan pendawaian elektrik (Mac-2017) : RM600
- Tersumbat (Apr-2017) : RM600
- Tukar kepala paip untuk 3 tandas-hack, piping and re-tiles (Jul-2017) : RM1,100
RM2,300 RM2,300
Perbelanjaan IT Domain: SKJK1-KL.edu.my (tahunan)
Shared web hosting
RM100 RM100

Berikut adalah sumbangan-sumbangan lain yang sangat diharapkan dari pihak ibu bapa.

Sumbangan khidmat tenaga dan kepakaran
Sila hantar email ke ydp@pibg-skjk1.net atau hubungi AJK PIBG. Sila nyatakan sekiranya anda mempunyai mana-mana kepakaran berikut atau ada maklumat orang perseorangan/syarikat yang mempunyai kepakaran yang boleh menawarkan khidmat secara berpatutan dan berkualiti

  • Kerja paip atau saluran kumbahan
  • Pendawaian elektrik
  • Pertukangan kayu atau besi
  • Sumbangan kewangan
    Sebarang sumbangan dari pihak ibu-bapa atau ketiga, sila salurkan ke akaun CIMB rasmi PIBG SKJK(1) seperti dibawah dan maklumat transaksi disalurkan ke email ydp@pibg-skjk1.net atau nyatakan "derma" di ruangan maklumat tambahan/rujukan.

    CIMB: PERSATUAN IBU BAPA-GURU 8600060109

    Sumbangan sokongan perantara
    Pihak ibu-bapa juga boleh menyumbang sebagai perantara dengan pihak-pihak yang dapat membantu pihak sekolah seperti YB, kementerian, jabatan atau syarikat swasta. Sila hubungi pihak PIBG atau wakil sekiranya surat sokongan diperlukan.


    Halaman Utama

    Kemaskini: 22 Feb 2018